
Firdaus Wong Wai Hung Telegram
Sebelum menuduh Islam kejam kerana mengamalkan penyembelihan, mari kita lihat terlebih dahulu: adakah agama-agama lain juga mengamalkan penyembelihan haiwan?
Dan antara semuanya, kaedah manakah yang sebenarnya lebih ihsan serta menjaga kebajikan haiwan?
Allah SWT menghendaki kemudahan dan bukan kesukaran bagi hamba-Nya. Pentingnya mempelajari fiqh mualaf agar kita dapat membimbing mualaf yang baru mula belajar tentang Islam.
Lelaki maut ditanduk kerbau semasa korban, namun ada segelintir bergembira dengan kematiannya
Terpaling pencinta haiwan atau terpaling benci Muslim?
Jikalau terpaling pencinta haiwan, ladang ternakan babi nak pula? Bak kut teh, kari kambing, ayam, ikan makan pula?
Buat Muslim, ini firman Allah Subhana Wa Ta’ala,
“Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.”
(A-li'Imraan 3:120)
PENGANUT HINDU, JANGAN UCAP HARI RAYA HAJI KEPADA ORANG ISLAM
Saya ternampak satu video TikTok dari akaun bernama Jessy Narayanan yang menyeru agar orang Hindu tidak mengucapkan Hari Raya Haji kepada orang Islam.
Dia menggunakan Bahasa Tamil sebagai bahasa utama selain dicampur dengan sedikit Inggeris & Bahasa Melayu. Saya meminta team terjemahan Tamil untuk membantu saya memahami konteks ucapannya.
Sebagai Muslim saya menghormati haknya sebagai penganut agama Hindu & saya tiada masalah dengan seruannya kepada penganut Hindu lain.
Antara yang disebut Jessy ialah,
“Perayaan korban lembu tu adalah Tuhan (Ibu Tuhan) sembahyang kita. Bila sembelih suara 'Maa' Tu umpama sembelih Ibu kita.
Hindu Sanggam buat apa? Tidak main peranan & tindakan dlm soal korban.
Alert korban nyawa ni bukan satu perayaan tidak boleh diterima.
Saya tak boleh terima....... (BI speech). Last - Ini nasihat saya. Nak Terima tak terima terpulang, Jika ada sila komen pendapat kamu. Tq”
Kepada saudari Jessy, usah risau. Saya sebagai Muslim menghormati hak sebagai penganut Hindu untuk tidak mengucap atau meraikannya bersama kami kerana AidilAdha ini adalah perayaan keagamaan Islam.
Belum Muslim seperti anda tidak diwajibkan oleh agama Islam untuk mengucap atau meraikan bersama Muslim.
Saya secara peribadi menghargai kejujuran anda. Saya tidak akan jadikan seruan anda terhadap penganut Hindu untuk tidak ucap atau raikan AidilAdha ini sebagai polemik.
Sebagai Muslim, saya mempunyai nilai toleransi tinggi terhadap hak anda sebagai Belum Muslim selagi tidak bercanggah dengan Perlembagaan & undang-undang negara.
Saya tidak memaksa anda untuk ucap atau raikan. Saya tidak akan tuduh anda tidak harmoni. Saya tidak akan label anda sebagai mundur. Saya tidak akan persenda atau hina anda.
Saya sebagai Muslim, hormat hak anda itu & akan pertahankan hak anda itu.
*Video ini tidak dapat diakses lagi di TikTok setelah namun saya telah memuat turun video ini lebih awal. Video asal berdurasi 2 minit 35 saat.
Ramanan Seru Hayati Pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihisalam & Nabi Ismail Alaihisalam
Seruan yang dilakukan oleh Menteri Sumber Manusia, R. Ramanan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim & Nabi Ismail bersempena dengan Aidiladha adalah seruan yang sangat baik.
Izinkan saya juga berkongsi dengan R. Ramanan & rakyat Malaysia tentang nasihat dari Nabi Ibrahim sebelum insiden ‘korban’ berlaku.
BERTANYA TENTANG BERHALA YANG DISEMBAH KAUMNYA
“Dan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim. Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: ‘Apa yang kamu sembah?’. Mereka menjawab: ‘Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami berkekalan menyembahnya.’. Nabi Ibrahim bertanya: ‘Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya?. Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya?’. Mereka menjawab: ‘(Tidak satupun!) Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian.’”
(al-Syu‘ara’ 26:69-74)
KENAPA SEMBAH BERHALA YANG PEKAK, BUTA & TIDAK DAPAT MENOLONG SEDIKITPUN?
Ketika ia berkata kepada bapanya: ‘Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun’?
(Maryam 19:42)
BERTANYA KENAPA MEREKA TIDAK KENGGUNAKAN AKALA KEPADA PENYEMBAH BERHALA DI KALANGAN KAUMNYA?
“Nabi Ibrahim berkata: ‘Jika demikian, patutkah kamu menyembah yang lain dari Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu? Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah! Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?’”
(al-Anbiya’ 21:66-67)
NABI IBRAHIM MEMECAHKAN BERHALA NAMUN BERHALA TIDAK BOLEH PERTAHANKAN DIRI MEREKA
Lalu dia pergi kepada berhala-berhala mereka secara bersembunyi, serta dia bertanya (kepada berhala-berhala itu): ‘Mengapa kamu tidak makan? Mengapa kamu tidak menjawab?’ Lalu dia memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul).”
(al-Saffat 37:88-93)
NABI IBRAHIM AJAK SEMBAH ALLAH SAHAJA!
“Nabi Ibrahim berkata: ‘Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu?. (Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu?. (Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam
(al-Syu‘ara’ 26:75-77)
Maka saya ingin mengajak R. Ramanan & seluruh rakyat Malaysia untuk sama sama menghayati bukan sahaja pengorbanan Nabi Ibrahim tetapi juga perjuangan Nabi Ibrahim yang menasihati kaumnya untuk tidak menyembah berhala yang pekak, buta & tidak dapat membantu mereka agar mereka semua menyembah Allah Subhana Wa Ta’ala sahaja.
Menghayati sahaja tidak memadai. Antara tanda kita menghayati sesuatu juga adalah mengambil pengajaran lalu berubah & mengikuti suri teladan Nabi Ibrahim yang tidak menyembah berhala & menyembah Allah sahaja.
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐚𝐝𝐡𝐚 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔
Aidiladha bukan sekadar tentang ibadah korban atau laungan takbir yang bergema di pagi raya.
Ia adalah tentang keikhlasan dalam memberi, keteguhan hati dalam berkorban, dan ketaatan penuh kepada Allah SWT.
Di hari yang penuh keberkatan ini, semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima sebagai amal soleh dan menjadi asbab rahmat serta keberkatan buat seluruh keluarga.
Buat para tetamu Allah yang sedang menunaikan ibadah Haji, kami mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan haji yang mabrur.
Buat semua yang melaksanakan ibadah korban, semoga setiap titisan pengorbanan membawa manfaat, menyuburkan kasih sayang sesama insan, dan mendekatkan diri kepada-Nya.
Semoga Aidiladha tahun ini mengajar kita untuk terus bersabar, bersyukur, dan ikhlas dalam setiap ujian serta rezeki yang Allah kurniakan.
“Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadah menyembelih korban… supaya mereka menyebut nama Allah sebagai tanda syukur atas rezeki yang dikurniakan-Nya.”
(Surah Al-Hajj: 22:23)
Muslim semakin apologetik?
Saban tahun, semakin banyak posting sebegini dari kalangan mereka yang mengaku Muslim.
Mereka ini mahu menunjukkan betapa ‘harmoni’ nya mereka dengan menjaga sensitiviti pihak lain.
Islam mengajar umatnya menjaga sensitiviti & toleransi penganut agama lain TETAPI bukan dengan meminta Muslim tidak menzahirkan syiar agama Islam!
Quran melarang Muslim mencerca sembahan agama lain. Muslim melarang memusnahkan tokong, kuil & gereja walaupun ketika perang.
Itu toleransi Islam ajarkan. Agama manakah yang melarang penganutnya sejelas ini?
Persoalan kepada Muslim yang apologetik sebegini, adakah mereka juga membuat peringatan yang sama kepada pihak lain ketika mereka menyambut perayaan mereka?
Bukankah menyekutukan Allah (Syirik) seperti menyembah berhala & menyatakan tuhan itu tiga dalam satu perkara yang sensitif malahan satu-satunya dosa yang jikalau seseorang mati dalam keadaan itu akan menyebabkan mereka kekal dalam neraka?
Kenapa pula Muslim yang terpaling harmoni & apologetik ini tidak membuat seruan agar pihak lain jangan muatnaik gambar perayaan & syiar agama mereka?
Malahan mereka yang terpaling harmoni ini jugalah yang terawal nak menzahirkan ‘keharmonian’ mereka dengan membuat ucapan.
Islam make sense & hormat hak penganut agama lain walaupun Islam tidak mengiktiraf kebenaran agama lain.
Muslim takde pula melenting bila sahabat dari penganut agama lain memuatnaik gambar sambutan mereka.
Kadangkala Muslim yang ‘terpaling harmoni’ ini bukan memerlukan common sense sangat tetapi mereka memerlukan pemahaman agama yang betul bukannga menjadi terlalu apologetik.
Azan itu syiar Islam. Korban itu syiar Islam. Berbangga dengan Islam & syiar Islam bukan bermakna kita menzalimi agama lain.
Malahan antara bukti kebanggaan kita dengan Islam & syiar Islam ialah dengan memberikan hak penganut agama lain!
Saya teringat satu kata-kata yang dinisbahkan kepada Umar Ibn Khattab,
“Aku risau akan tibanya satu hari di mana kuffar akan berbangga dengan kekufuran mereka, manakala Muslim akan malu dengan keislamannya.”
Adakah kita sedang melihat zaman itu?