Select your region
and interface language
We’ll show relevant
Telegram channels and features
Region
avatar

Ceramah Ustaz dan Ustazah

ceramahustazdanustazah
Tolong promote channel kami ni ye. https://t.me/ceramahustazdanustazah Semoga Allah merahmati sahabat dunia dan akhirat. Amin ya Allah 🤲
Subscribers
97 900
24 hours
-30
30 days
-30
Post views
1 779
ER
1,82%
Posts (30d)
100
Characters in post
715
Insights from AI analysis of channel posts
Channel category
Politics
Audience gender
Male
Audience age
25-34
Audience financial status
Middle
Audience professions
Education
Summary
May 29, 08:46
Media unavailable
1
Show in Telegram

"Iran Masuk Rundingan 60 Hari, Kenapa Tak Terus Serang Amerika Dan Isbiol?"
Ramai orang marah bila baca update terbaru ni. US dan Iran dilaporkan sudah capai MoU awal untuk sambung gencatan senjata selama 60 hari, cuma deal ni belum muktamad lagi sebab masih tunggu Trump approve.
Orang biasa macam saya, benda ni memang nampak pelik. Amerika dan Isbiol serang Iran dulu, kemudian Iran sudah tunjuk yang dia masih boleh balas. Pangkalan Amerika boleh diancam, Selat Hormuz boleh diganggu, dron Amerika boleh jatuh, misil Iran pun jelas belum habis.
Jadi kenapa Tehran masih nak duduk meja rundingan? Kenapa tak terus hentam 110 peratus? Kenapa tak hantar semua misil ke Isbiol dan pangkalan Amerika sampai musuh menyesal hidup?
https://www.facebook.com/share/p/1GUyG7NyMC/

May 29, 06:50
Media unavailable
1
Show in Telegram

"Rupanya Paus Pernah Berjalan Di Atas Darat: Kisah Mamalia Berkaki Empat Yang Memilih Tinggal Di Laut!
Korang pernah terfikir tak kenapa paus mesti naik ke permukaan laut untuk bernafas?
Haiwan gergasi ini langsung tidak mempunyai insang seperti hidupan marin yang lain.
Diorang terpaksa menyedut udara menggunakan paru-paru sama seperti anatomi badan manusia.
Perkara paling pelik adalah apabila haiwan lautan ini melahirkan anak secara hidup lalu menyusukan bayi diorang dengan susu badan.
https://www.facebook.com/share/p/1btcGSbRCU/

May 29, 05:33
Media unavailable
1
Show in Telegram

https://www.facebook.com/share/p/1Bnjo9yduG/?mibextid=wwXIfr

May 29, 03:24
Media unavailable
1
Show in Telegram

"Fitnah Dajjal Bukan Sekadar Cerita Akhir Zaman"
MasyaAllah.
Bila orang sebut Dajjal, biasanya kepala kita terus terbayang satu makhluk menakutkan yang muncul pada akhir zaman.
Ada yang bayangkan suasana dunia kacau, manusia kelaparan, langit kering, bumi tandus, orang ramai berlari mencari keselamatan, kemudian muncul satu sosok yang membawa perkara luar biasa sampai ramai manusia tunduk kepadanya.
Memang dalam hadis, fitnah Dajjal ini bukan perkara kecil.
Rasulullah SAW sendiri memberi amaran yang sangat besar tentang Dajjal. Dalam riwayat yang masyhur, Baginda menyebut bahawa sejak penciptaan Nabi Adam AS hingga hari kiamat, tidak ada fitnah yang lebih besar daripada fitnah Dajjal.
Cuba berhenti sekejap dan fikir.
https://www.facebook.com/share/p/1BFJrhGL9t/

May 29, 01:31
Media unavailable
1
Show in Telegram

"Belum Buka, Tapi Orang Dah Beratur!"
Aku suka tengok benda macam ni.
Sebab ia berlaku secara semula jadi.
Tak ada artis besar yang datang, cabutan bertuah kereta atau hadiah percuma yang orang berebut-rebut.
Yang ditunggu cuma satu.
Buku.
Pagi ini, sebelum jam 10 pagi pun lagi, orang ramai sudah mula memenuhi kawasan reruai Patriots sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026.
Pintu jualan belum dibuka.
Kaunter masih belum beroperasi.
Tetapi barisan pengunjung sudah mula terbentuk.
Tengok gambar-gambar yang dikirim tadi.
Ramai yang sudah berkumpul bersama beg dan troli masing-masing. Ada yang berdiri sambil memeriksa telefon, ada yang berbual dengan rakan dan ada juga yang memilih untuk duduk berehat sementara menunggu reruai dibuka.
Suasana masih tenang.
Namun jelas kelihatan keterujaan itu sudah mula terasa.
Aku tertanya-tanya juga.
Berapa jauh agaknya perjalanan sebahagian daripada mereka untuk sampai ke sini?
Mungkin ada yang datang dari Selangor.
Mungkin ada yang memandu dari Johor sejak awal pagi.
Mungkin ada yang turun dari Kelantan, Terengganu, Kedah atau Perlis.
Tak mustahil juga ada yang datang dari Sabah dan Sarawak semata-mata kerana tidak mahu terlepas peluang mendapatkan buku yang mereka tunggu selama ini.
Bila fikir balik, pemandangan macam ini sebenarnya lebih besar daripada sekadar orang beratur membeli buku.
Di sebalik setiap buku yang tersusun atas rak nanti, ada penulis yang mengambil masa berbulan-bulan malah bertahun-tahun menyiapkan manuskrip.
Ada editor yang berkali-kali menyemak fakta dan kandungan.
Ada pereka grafik yang memerah idea menghasilkan kulit buku yang menarik perhatian pembaca.
Hari ini, hasil kerja semua individu itu sedang ditunggu oleh orang ramai sebelum kaunter jualan pun sempat dibuka.
Jujur cakap, hati rasa seronok melihat suasana macam ni.
Dalam zaman ramai orang asyik bercakap tentang media sosial, video pendek dan kandungan pantas, masih ada kelompok masyarakat yang sanggup datang awal, beratur dan menunggu dengan sabar demi sebuah buku.
Buat yang berkesempatan, Patriots kembali berdagang di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 bermula 29 Mei sehingga 7 Jun 2026.
Waktu operasi adalah dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Tahun ini kami berada di dua lokasi:
📚
S5-502, Tingkat 2, Dewan Tun Ismail
📚
S8-823, Tingkat 4, Dewan Tun Razak
Pelbagai promosi menarik menanti para pengunjung termasuk diskaun RM5 bagi setiap buku serta judul-judul terpilih serendah RM28 hingga RM38.
Antaranya termasuk Haiwan Purba, Astropolitik, Viking, Penunggu Pulau Salik dan banyak lagi.
Guys, Keajaiban-Keajaiban Dunia pun ada kat rak disana. Bawalah pulang satu.
Sekarang aku pula nak tanya.
Siapa yang akan hadir ke PBAKL hari ini?
Dan siapa yang sebenarnya sudah sampai di sana sekarang?
Cuba tinggalkan komen.
___
Korang dah ada ke buku saya ni?
Buku Keajaiban-Keajaiban Dunia membawa pembaca mengembara ke tujuh bahagian menakjubkan yang menggabungkan sains, sejarah dan keindahan alam. Dari keajaiban bumi purba hingga teknologi moden, setiap bab ditulis dengan gaya santai yang mudah difahami tetapi sarat ilmu. Dapatkan buku ini di Shopee:
https://s.shopee.com.my/2g24zyvuWB
​Atau di Webstore (Klik pautan ini sekarang untuk tebus baucar dan dapatkan buku ini sebelum promosi tamat):
https://bit.ly/3OyBuYY

May 28, 22:53
Media unavailable
1
Show in Telegram

"Sekatan Terbaru AS Ke Atas Iran: Bukti Undang-Undang Antarabangsa Cuma Wayang!"
Berita terkini, Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent buat satu pengumuman keras kat X.
Dia umumkan AS akan sekat syarikat penerbangan Iran secara total.
Syarikat penerbangan ni dihalang daripada dapat tapak pendaratan mengisi minyak dan jualan tiket.
Korang bayangkan penerbangan awam pun diorang nak cekik sampai mati.
Tindakan ni memang serius jahat dan kejam.
Ini bermakna rakyat biasa Iran yang nak terbang ke luar negara akan tersekat.
https://www.facebook.com/share/p/1FBVCnyjxL/

May 28, 13:09
Media unavailable
1
Show in Telegram

"Bom Nuklear Pakistan: Adakah Ini Sasaran Utama Kuasa Besar Lepas Timur Tengah Runtuh?"
Kalau kita sembang pasal negara majoriti Muslim yang paling susah dibuli secara total, nama Pakistan mesti masuk dalam senarai.
Negara ni banyak masalah.
Politiknya selalu bergolak. Ekonominya kerap nazak. Hubungan kerajaan awam dengan tentera dia pun macam pasangan yang tak pernah selesai bergaduh dalam rumah sendiri.
Tapi ada satu benda yang buat kuasa besar tak boleh layan Pakistan macam Iraq, Libya atau Afghanistan.
Bom nuklear.
https://www.facebook.com/share/p/1J254Rvi9x/

May 28, 01:12
Media unavailable
1
Show in Telegram

https://www.facebook.com/share/p/1DyCqBw57G/?mibextid=wwXIfr

May 28, 01:12
Media unavailable
1
Show in Telegram

https://www.facebook.com/share/p/1BaeZfJJBp/?mibextid=wwXIfr

May 27, 23:02
Media unavailable
1
Show in Telegram

"Tweet Terbaru Trump: Dia Meroyan Atau Sedang Bermain Psikologi?"
Macam biasa Presiden pengganas dunia akan kemaskini media social dia
Dia membayangkan satu senario fantasi jika Iran menyerah kalah secara total kepada Amerika Syarikat.
"Kalau Iran menyerah kalah, mengaku tentera laut mereka sudah berkubur di dasar laut, tentera udara sudah hancur dan seluruh tentera berjalan keluar dari Tehran mengangkat bendera putih..."
https://www.facebook.com/share/p/199Gw3ikfZ/