Select your region
and interface language
We’ll show relevant
Telegram channels and features
Region
avatar

DBPMalaysia

dbpmalaysia
Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dunia. [+] Info prpm.dbp.gov.my kndbp.dbp.gov.my lamanweb.dbp.gov.my www.facebook.com/DBPMalaysia twitter.com/DBPMalaysia www.instagram.com/dbpmalaysia www.youtube.com/@DBPMalaysia tiktok.com/@dbpmalaysia
Subscribers
24 200
24 hours
30 days
Post views
924
ER
3,82%
Posts (30d)
100
Characters in post
434
Insights from AI analysis of channel posts
Channel category
Books
Audience gender
Male
Audience age
25-34
Audience financial status
Middle
Audience professions
Education
Summary
May 28, 13:35
Media unavailable
1
Show in Telegram

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengadakan Majlis Pelancaran Buku Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026. Majlis ini akan diadakan pada 2 Jun 2026 (Selasa), pukul 1.30 tengah hari di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Kehadiran anda amat dialu-alukan bagi memeriahkan majlis pelancaran ini. Jumpa anda di sana!
#DBP
#PBAKL2026
#BahasaJiwaBangsa

May 28, 04:05
Media unavailable
1
Show in Telegram

Ayuh, sertai kami dalam Majlis Pelancaran Buku Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026. Acara ini akan diadakan pada 29 Mei 2026 (Jumaat), pukul 12.00 tengah hari di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Jumpa anda di sana!
#DBP
#PBAKL2026
#BahasaJiwaBangsa

May 28, 03:30
Media unavailable
1
Show in Telegram

Perkembangan mutakhir di Asia Barat bukan sekadar konflik wilayah, bahkan mencetuskan gelombang perubahan yang memberikan kesan yang mendalam terhadap kestabilan geopolitik sejagat, rantaian ekonomi, keselamatan dan diplomasi global. Apakah kesannya terhadap Malaysia dan dunia dalam mendepani cabaran ini?
Bagi mengupas persoalan ini yang diketengahkan dalam majalah 𝑫𝒆𝒘𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒚𝒂𝒓𝒂𝒌𝒂𝒕 keluaran Mei 2026, Dewan Bahasa dan Pustaka menampilkan penganalisis geopolitik, Encik Ayman Rasydan Wong dan penganalisis politik antarabangsa, Encik Haris Zalkapli menerusi Bual Bicara Dewan Masyarakat bertajuk Konflik Ais Barat: Dunia Terkesan yang akan dikendalikan oleh pemerhati politik antarabangsa, Encik Ahmad Muziru Idham Adnan pada tarikh, masa dan tempat seperti yang berikut:
Tarikh: 29 Mei 2026 (Jumaat)
Masa: 3.00 – 5.00 petang
Tempat: Pentas Utama Reruai DBP, Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)
#BahasaJiwaBangsa

May 27, 11:45
Media unavailable
1
Show in Telegram

Jom, sertai kami dalam program Bual Bicara Kutubkhanah: Khazanah Kita Tanggungjawab Kita bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026. Acara ini akan diadakan pada 30 Mei 2026 (Sabtu), pukul 1.30 tengah hari di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Jumpa anda di sana!
#DBP
#PBAKL2026
#BahasaJiwaBangsa

May 27, 09:38
Media unavailable
1
Show in Telegram

𝑷𝒂𝒏𝒕𝒖𝒏 𝑯𝒂𝒓𝒊 𝑰𝒏𝒊
#Pantun
#BahasaJiwaBangsa

May 27, 02:03
Media unavailable
2
Show in Telegram

𝐁𝐚𝐜𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐡𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐜𝐚𝐧𝐚
Pada helaian, akal diasah.
Pada bacalah, wacana bertunas.
Bahagian Promosi dan Pengiktirafan,
Dewan Bahasa dan Pustaka mengadakan Siri Bacalah BPI pada setiap hari Rabu, pukul 12.00 – 12.30 tengah hari, bertempat di Lobi, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siri 10 oleh Zanariah Mohd Tap, Penolong Perancang Bahasa pada 20 Mei 2026.
#BahasaJiwaBangsa

May 27, 01:51
Media unavailable
1
Show in Telegram

Ayuh, sertai kami dalam program Bicara Buku: 𝑻𝒓𝒂𝒏𝒔𝒈𝒆𝒏𝒅𝒆𝒓 𝒅𝒊 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂: 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒑𝒆𝒌𝒕𝒊𝒇 𝑰𝒔𝒍𝒂𝒎 𝒅𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒓𝒖𝒏𝒅𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026. Acara ini akan diadakan pada 3 Jun 2026 (Rabu), pukul 1.30 tengah hari di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Acara istimewa ini akan menampilkan Dr. Pg Ismail bin Pg Musa, Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya sebagai pembicara. Jumpa anda di sana!
#DBP
#PBAKL2026
#BahasaJiwaBangsa

May 27, 01:42
Media unavailable
1
Show in Telegram

Ayuh, sertai kami dalam program Bicara Buku: 𝑻𝒆𝒌𝒏𝒐𝒍𝒐𝒈𝒊 𝑵𝒖𝒌𝒍𝒆𝒂𝒓 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝑩𝒊𝒂𝒌 𝑩𝒂𝒌𝒂 𝑻𝒂𝒏𝒂𝒎𝒂𝒏 𝑯𝒊𝒂𝒔𝒂𝒏 bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026. Acara ini akan diadakan pada 3 Jun 2026 (Rabu), pukul 12.00 tengah hari di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Acara istimewa ini akan menampilkan Dr. Zaiton binti Ahmad, Pengarah Bahagian Agroteknologi dan Biosains (Agensi Nuklear Malaysia) sebagai pembicara. Jumpa anda di sana!
#DBP
#PBAKL2026
#BahasaJiwaBangsa

May 26, 14:12
Media unavailable
1
Show in Telegram

Ayuh, sertai kami dalam program Bicara Buku (Siri Bicara Perundangan) 𝑴𝒂𝒉𝒍𝒊𝒈𝒂𝒊 𝑷𝒂𝒔𝒊𝒓: 𝑲𝒓𝒊𝒔𝒊𝒔 𝑲𝒆𝒘𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑷𝒖𝒏𝒄𝒂 𝑷𝒆𝒓𝒄𝒆𝒓𝒂𝒊𝒂𝒏 dan 𝑴𝒂𝒍𝒏𝒖𝒕𝒓𝒊𝒔𝒊 𝒅𝒊 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026. Acara ini akan diadakan pada 2 Jun 2026 (Selasa), pukul 3.00 petang di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Acara istimewa ini akan menampilkan Prof. Madya Dr. Helmi bin Md Said, Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pembicara. Jumpa anda di sana!
#DBP
#PBAKL2026
#BahasaJiwaBangsa

May 26, 13:45
Media unavailable
2
Show in Telegram

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Buku Umum akan mengadakan beberapa aktiviti menarik bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026.
Ayuh, sertai kami bagi menyemarakkan citra keilmuan dan budaya membaca bersama-sama DBP!
#DBP
#PBAKL2026
#BahasaJiwaBangsa