
Dunia Palestin 🇵🇸
Tentera penjajah Israel mendakwa telah membunuh Timbalan Komander Briged Bandar Gaza dalam sayap ketenteraan Hamas.
Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
Gerakan Hamas menyatakan bahawa peningkatan pembantaian Israel di Gaza sepanjang 48 jam lalu yang mengorbankan lebih 20 rakyat Palestin, mencerminkan usaha penjajah untuk kembali kepada rentak perang genosid seperti yang disaksikan di Gaza sepanjang dua tahun lalu.
Gerakan itu turut menggesa Amerika Syarikat serta negara-negara penjamin perjanjian gencatan senjata supaya campur tangan segera bagi menghentikan pencabulan Israel, sambil memberi amaran mengenai risiko keruntuhan perjanjian tersebut.
Dalam masa sama, serangan Israel ke atas sebuah apartmen kediaman di Bandar Gaza dilaporkan mengakibatkan 10 rakyat Palestin syahid, termasuk dua kanak-kanak dan dua wanita.
Sumber: Assabeel
t.me/duniapalestin
Pertahanan Strategik: Klasik vs Moden
Perang Gaza dalam cerminan Pertempuran Dien Bien Phu
Ringkasan artikel berdasarkan kajian oleh Saeed Ziad & Ubaidullah Al-Hashimi
Al-Mustaqbal Al-Arabi, Isu 568
SIRI 2: Sistem Pertahanan Pejuang Palestin - Tiga Lapisan, Satu Strategi (Circular Defense Model)
Apabila Israel melancarkan serangan darat pada Oktober 2023, Hamas telah pun menyiapkan sistem pertahanan yang dirancang selama bertahun-tahun. Ini bukan pertempuran spontan, tetapi perang yang diatur dengan teliti melalui tiga lapisan pertahanan yang saling melengkapi.
Lapisan pertama ialah rangkaian terowong bawah tanah yang melebihi 500 kilometer panjangnya di bawah Gaza. Kajian menyebut ini sebagai "metro Gaza bawah tanah". Terowong ini digunakan untuk pergerakan pejuang secara selamat jauh dari mata pesawat pengintip, kawalan operasi ketenteraan, simpanan senjata, dan melancarkan serangan dari belakang barisan tentera Israel yang disangka selamat. Jurutera Hamas turut menggali terowong taktik baharu yang lebih pendek semasa perang itu sendiri berlangsung, menghubungkan blok perumahan dalam setiap kawasan pertempuran.
Lapisan kedua ialah pertahanan permukaan menggunakan penembak tepat bersenjata senapang Ghoul 12.7mm, penggunaan misil anti-kereta kebal (ATGM), dan ribuan bangunan yang telah dipasang IED sebelum Israel sampai ke dalam Kill Zone. Pejuang akan melancarkan serangan, kemudian berundur melalui terowong dan muncul semula di lokasi berbeza, menjadikan musuh tidak dapat menjangkakan kedudukan mereka.
Lapisan ketiga ialah serangan roket jarak jauh menggunakan pelbagai jenis peluru termasuk Qassam, Quds, dan Badr. Tujuannya bukan semata-mata untuk membunuh, tetapi untuk memaksa Israel membahagikan tumpuan antara medan pertempuran dan kawasan belakang iaitu kawasan kawalan Israel yang terus diserang, serta menghabiskan stok misil sistem pertahanan Iron Dome yang amat mahal.
Gabungan ketiga lapisan ini mewujudkan apa yang pengkaji West Point (Urban Warfare Institute), John Spencer, gelarkan sebagai "pertahanan bulatan 360 darjah" (Circular Defense Model) di mana musuh yang sedang menyerang pun boleh dikepung dari pelbagai arah secara serentak.
Nabil Takiyuddin
Penyelidik Dunia Palestin
Pertahanan Strategik: Klasik vs Moden
Perang Gaza dalam cerminan Pertempuran Dien Bien Phu
Ringkasan artikel berdasarkan kajian oleh Saeed Ziad & Ubaidullah Al-Hashimi
Al-Mustaqbal Al-Arabi, Isu 568
SIRI 1: Dari Vietnam ke Gaza - Dua Perang, Satu Rahsia.
Pada 7 Oktober 2023, serangan mengejut (pre-emptive strike) Hamas ke atas Israel mengejutkan seluruh dunia. Dalam masa beberapa jam, lebih 5,000 roket dilancarkan dan ratusan pejuang menembus sempadan Gaza melalui darat, laut, dan udara.
Israel segera melancarkan serangan balas yang menjadikan ia salah satu operasi ketenteraan paling intensif dalam sejarah moden, melibatkan lebih 300,000 tentera simpanan yang dikerah untuk berperang.
Namun, apa yang menarik perhatian para pengkaji ketenteraan bukan sahaja skala perang ini, tetapi bagaimana pihak yang jauh lebih lemah dari segi teknologi dan senjata mampu bertahan, bahkan menggagalkan objektif utama kuasa tentera yang lebih besar.
Dua sarjana terkemuka, Saeed Ziad dari Universiti Lusail Qatar dan Ubaidullah Al-Hashimi, pakar hal ehwal strategik, telah menerbitkan kajian yang membandingkan Perang Gaza 2023 dengan Pertempuran Dien Bien Phu 1954 di Vietnam. Di Dien Bien Phu, gerakan Viet Minh pimpinan General Vo Nguyen Giap berjaya mengalahkan tentera kolonial Perancis yang jauh lebih canggih selepas pengepungan selama 56 hari. Perancis menyerah, dan Vietnam Utara merdeka.
Persoalan utama kajian ini ialah: Adakah model "Perang Rakyat" yang terbukti berkesan di hutan Vietnam boleh digunakan dalam perang bandar moden seperti Gaza yang dikepung sepenuhnya?
Kajian ini mendapati bahawa walaupun konteks zamannya berbeza, formula asas yang sama hadir dalam kedua-dua pertempuran ini. Iaitu gabungan kubu pertahanan yang kuat, sokongan rakyat, bantuan luar, dan penggunaan masa sebagai senjata strategik.
"It is not important how many battles you win tactically — what matters is making your enemy lose the will to continue the war." — General Vo Nguyen Giap, after Dien Bien Phu (1954)
Ringkasan artikel yang dalam bentuk bersiri ini akan membawa pembaca menelusuri kajian akademik tersebut dalam bahasa yang mudah difahami. Ikuti keempat-empat siaran untuk memahami pengajaran penting yang relevan kepada pemikiran strategik abad ini.
Nabil Takiyuddin
Penyelidik Dunia Palestin
Media Ibrani: Entiti Israel melanjutkan tempoh darurat di kawasan dalam negeri sehingga 16 Jun akan datang.
Sumber: Meem Magazine
t.me/duniapalestin
Pihak Berkuasa Menentang Tembok dan Penempatan Haram: Israel telah meluluskan pelan struktur kolonial berskala besar bagi kepentingan penempatan haram Masua yang dibina di atas tanah milik penduduk di Lembah al-Fari‘ah, wilayah Ariha.
Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
CNN berdasarkan imej satelit: Iran kembali memperoleh akses kepada sejumlah besar peluru berpandu yang disimpan di dalam fasiliti bawah tanah.
Sumber: Rassd
t.me/duniapalestin
UKHUWAH TANPA SEMPADAN: DAGING KORBAN BUAT PALESTIN & YAMAN DI MALAYSIA
Syukur Alhamdulillah, amanah sumbangan anda telah selamat disempurnakan melalui program penyembelihan 2 ekor lembu pada pagi Rabu, 27 Mei 2026 yang lalu, khusus bagi menyantuni komuniti Palestin dan Yaman di Malaysia.
Segala proses berjalan lancar dengan kehadiran serta bantuan aktif daripada wakil komuniti Yaman sendiri yang bersama-sama turun padang membantu urusan pembungkusan daging sedekah tersebut sebelum diagihkan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang atas keprihatinan anda dalam mengukuhkan persaudaraan dan membawa kegembiraan buat mereka.
Sumber: Kelab Perwira Malaysia
🥩
𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡
bit.ly/korbanperwira2026
𝗦𝗘𝗗𝗘𝗞𝗔𝗛 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡
Ayuh mengejar ganjaran Sedekah Jumaat hari ini dengan menyumbang untuk Tabung Korban Palestin. Kempen ini bertujuan membantu ribuan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang masih dikepung oleh tentera penjajah Israel meraikan Aidiladha.
Anjuran: Kelab Perwira Malaysia
🥩
𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡
bit.ly/korbanperwira2026
🚨
𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗚𝗔𝗭𝗔
bit.ly/kecemasangaza2026
Axios memetik pegawai kanan Amerika: Trump masih cenderung sehingga petang Khamis untuk bersetuju dengan perjanjian bersama Iran, namun dia menarik diri daripada menandatangani perjanjian itu kerana mahu memastikan Iran benar-benar mematuhinya dan tidak berundur daripadanya pada masa akan datang.
Sumber: Meem Magazine
t.me/duniapalestin