Select your region
and interface language
We’ll show relevant
Telegram channels and features
Region
avatar

Friends Of Shafiq Halim

malaysiamerdeka
Malaysia Merdeka menyediakan ruang diskusi politik Malaysia yang terkini dan relevan. Kita akan membincangkan perkembangan politik semasa, menganalisis dasar-dasar kerajaan, serta mengupas isu-isu penting yang mempengaruhi negara.
Subscribers
4 590
24 hours
-2
30 days
-2
Post views
1 196
ER
26,06%
Posts (30d)
9
Characters in post
849
Insights from AI analysis of channel posts
Channel category
Politics
Audience gender
Male
Audience age
35-44
Audience financial status
Middle
Audience professions
Government & Public Sector
Summary
May 28, 15:35

Kenyataan Media
Sebagai seorang intelektual dan tokoh yang pernah memegang jawatan penting dalam pentadbiran negara, Marzuki Mohamad seharusnya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam setiap kenyataan yang dikeluarkan kepada umum.
Institusi Diraja merupakan payung negara yang perlu dihormati serta dipelihara daripada sebarang polemik atau percaturan politik kepartian. Sebarang cubaan mengaitkan institusi Diraja dengan kemelut politik, termasuk isu melibatkan BERSATU-RESET, adalah tidak wajar dan boleh menimbulkan persepsi yang menghakis kewibawaan institusi berkenaan.
*[Baca Selanjutnya Pada Link]*
https://www.facebook.com/share/p/1CnGNpUHKR/

May 27, 11:15

https://www.facebook.com/share/p/1EHVDDHeyZ/?mibextid=wwXIfr
BERSATU tidak perlu mencabar Team Hamzah (RESET) untuk membuktikan kekuatan keahlian kami. Apa yang lebih penting ketika ini adalah proses pemutihan keahlian dilaksanakan bagi mengenal pasti jumlah sebenar ahli BERSATU yang masih aktif bersama parti, dan bukan sekadar bergantung kepada angka dalam sistem pendaftaran.
Berdasarkan rekod pendaftaran sementara, Team Hamzah telah melengkapkan struktur di 152 bahagian dan 3,344 cawangan dengan keahlian mencecah lebih 250,000 orang.
Selain itu, umum mengetahui bahawa selepas pemecatan Hamzah, sebahagian ahli BERSATU telah memilih untuk menyertai Rumah Bangsa atau PAS. Dalam masa sama, pelancaran parti BERSAMA oleh Rafizi turut menyaksikan sebahagian besar bekas ahli BERSATU daripada latar belakang PKR beralih arah.
Persoalan utama hari ini ialah, berapa jumlah sebenar ahli BERSATU yang masih aktif dan kekal bersama parti?
Atas sebab itu, pemutihan keahlian perlu dilakukan secara telus dan menyeluruh supaya realiti kekuatan organisasi dapat dinilai berdasarkan angka sebenar.

May 26, 17:41
Media unavailable
1
Show in Telegram

May 26, 08:07

https://www.facebook.com/share/p/1BJbdwbiaZ/?mibextid=wwXIfr
Selepas tamat tempoh ‘eddah’, seseorang yang telah diceraikan kembali berstatus bebas dan terbuka untuk membina lembaran baharu yang lebih baik tanpa sebarang ikatan terdahulu.
Dalam konteks hari ini, BERSATU sendiri yang “menceraikan” beberapa pihak, tetapi selepas itu masih tidak dapat menerimanya dan seolah-olah “gila talak” apabila pihak yang telah ditinggalkan mula mempunyai hubungan baik dengan pihak lain.
Pandangan saya PAS melihat perkara ini bukan berpunca daripadanya. Jika keputusan memutuskan hubungan dibuat sendiri oleh BERSATU, maka sukar untuk menyalahkan orang lain apabila pihak yang telah “ditalak” tidak lagi mahu terus terikat.
Apa yang menimbulkan rasa kurang selesa ialah apabila BERSATU dilihat masih mahu mengawal jandanya, seolah-olah mahu pihak tersebut terus menjanda dan tidak boleh mendekati sesiapa. Sedangkan dalam politik, setiap pihak berhak menentukan haluan sendiri.
Akhirnya timbul persoalan adakah adil untuk PAS dipersalahkan atas keputusan yang dibuat sendiri oleh BERSATU?

May 25, 11:13

https://www.facebook.com/share/p/1H68F1tgCK/?mibextid=wwXIfr
Dapatan PAS sebenarnya tepat jika dilihat secara mikro dan berpandukan realiti semasa politik akar umbi.
Hakikatnya, majoriti ahli BERSATU sebelum ini datang daripada kem Dato Seri Hamzah Zainudin yang bersama-sama meninggalkan UMNO pada tahun 2018.
Apabila Hamzah dipecat, sebahagian besar penyokong beliau turut meninggalkan BERSATU. Angkanya bukan kecil, malah melebihi 250,000 orang berdasarkan rujukan silang terhadap borang sementara penyertaan ke parti baharu beliau.
Serpihan yang tinggal dalam BERSATU hari ini bukan semata-mata kerana kekuatan Tan Sri Muhyiddin atau Azmin Ali. Ramai yang masih bertahan kerana faktor PAS masih bersama BERSATU.
Tanpa PAS bersama mereka, realitinya hanya beberapa bahagian BERSATU sahaja yang mungkin terus bertahan. Itu pun dipercayai tidak sampai 10 bahagian yang benar-benar mampu bergerak secara efektif.

May 24, 09:36

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam program anjuran Srikandi Muda BERSATU yang menyatakan bahawa PAS tidak dilibatkan dalam menentukan dasar negara dan kerajaan amat mengecewakan serta dilihat sebagai satu penghinaan terhadap PAS sebagai rakan gabungan dalam Perikatan Nasional.
Beliau turut menyatakan bahawa BERSATU memimpin Perikatan Nasional dan agenda PAS tidak perlu dirisaukan. Kenyataan tersebut seolah-olah menggambarkan bahawa PAS hanya diperlukan untuk meraih sokongan dan memenangi pilihan raya, namun pandangan serta pendirian mereka dalam soal dasar dan polisi negara tidak diambil kira.
Hakikatnya, dasar yang dibawa PAS adalah berpandukan prinsip agama Islam yang menekankan keadilan, keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Ia tidak sepatutnya dijadikan modal politik untuk menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam, apatah lagi dalam negara yang mengamalkan prinsip saling menghormati antara agama.
Kenyataan Muhyiddin itu juga dilihat mengelirukan serta berpotensi menjejaskan hubungan dalam Perikatan Nasional kerana PAS merupakan komponen penting dalam gabungan tersebut.
Sebagai sebuah gabungan politik, setiap parti wajar dihormati dan diberikan ruang sewajarnya dalam menentukan hala tuju dasar serta masa depan negara.

May 24, 09:36

https://www.facebook.com/share/p/1BQD5eNemM/?mibextid=wwXIfr

May 24, 02:34

https://www.facebook.com/share/p/1Dxz2ZiNSn/?mibextid=wwXIfr
Kelakar tengok Kumpulan Pentaksub Abah Muhyiddin (KPAM) sekarang.
Dulu bukan main yakin kononnya mereka kumpulan paling bijak mengatur langkah dalam parti. Semua benda ada “masterplan”.
Bila pelan tak jadi, mula salahkan semua orang.
Kononnya RESET punca masalah.
Kononnya RESET yang fitnah.
Hakikatnya, ramai dah nampak masalah sebenar bukan pada kumpulan RESET tapi pada kumpulan KPAM yang terlalu sibuk nak bunuh dan ketepikan semua orang.
Hari-hari bercakap pasal pengkhianatan, tapi merekalah paling kuat buat kem dalaman dan pengkhianat sebenar.
Hari-hari bercakap pasal wala’, tapi merekalah paling sibuk susun siapa nak dijatuhkan.
Akhirnya apa jadi?
Yang mereka cuba jatuhkan masih berdiri.
Yang sibuk mengatur gerakan pula makin hilang arah.
Dulu kata ada pelan besar.
Sekarang pengikut sendiri pun dah mula tanya:
“Plan tu betul-betul wujud atau sekadar penyedap semangat?”
“Betulkah Muhyiddin akan kembali semula sebagai PM?”
Kalau setiap hari salahkan Hamzah dan RESET, itu bukan strategi.
Itu survival mode.
(Gambar sekadar hiasan)

May 22, 17:04

https://www.facebook.com/share/p/1RwKPDojNk/?mibextid=wwXIfr
Selepas mendengar sidang media oleh Tan Sri Dato Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tengah hari tadi, saya seperti mendapat satu tenaga luar biasa untuk terus berjuang menentang kerajaan hari ini.
Ucapan dan pendirian beliau menjadi suntikan semangat perjuangan buat saya untuk terus istiqamah.
Hari ini saya turut menemani Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) dalam ceramah di Manjung bersama tokoh korporat Dato Abdul Hamid Sheikh anjuran PAS Kawasan Lumut.
Perjuangan ini belum selesai. Kita terus mara dengan keyakinan dan keberanian demi masa depan negara.
#LawanTetapLawan
#PAS