Выберите регион
и язык интерфейса
Покажем актуальные для региона
Telegram-каналы и возможности
Регион
avatar

Astro AWANI

astroawani
Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com
Подписчики
73 100
24 часа
-38
30 дней
-38
Просмотры
1 194
ER
1,63%
Посты (30д)
104
Символов в посте
624
Инсайты от анализа ИИ по постам канала
Категория канала
Новости
Пол аудитории
Мужской
Возраст аудитории
35-44
Финансовый статус аудитории
Средний
Профессии аудитории
Государственный и публичный сектор
Краткое описание
May 29, 08:32
Файлы недоступны
1
Открыть в Telegram

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengesahkan penamatan tayangan filem Konspirasi di seluruh pawagam negara dibuat atas permintaan penerbit sendiri dan bukan arahan mana-mana pihak.
FINAS dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima pengesahan berhubung perkara itu daripada Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) serta Media Prima Berhad selaku pengedar filem berkenaan.
Lanjut:
https://www.astroawani.com/hiburan-malaysia/finas-sahkan-konspirasi-dihentikan-atas-permintaan-penerbit
#AWANInews

May 29, 08:04
Файлы недоступны
1
Открыть в Telegram

Kementerian Kewangan (MoF) memberi amaran keras terhadap penggunaan nombor atau maklumat MyKad milik individu lain tanpa kebenaran bagi mendapatkan manfaat subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
MoF dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya memandang serius beberapa aduan mutakhir melibatkan dakwaan penggunaan maklumat MyKad tanpa kebenaran bagi transaksi di bawah program BUDI95.
Lanjut:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mof-beri-amaran-keras-guna-mykad-orang-lain-tanpa-izin-bagi-transaksi-budi95
#AWANInews

May 29, 07:04
Файлы недоступны
1
Открыть в Telegram

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menzahirkan penghargaan terhadap komitmen berterusan kerajaan Arab Saudi dalam memastikan kelancaran pengurusan musim haji tahun ini yang melibatkan kira-kira 1.7 juta jemaah dari 165 negara seluruh dunia.
Beliau berkata penghargaan itu dizahirkan susulan pertemuan yang dipengerusikan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud bersama para pemimpin serta delegasi negara-negara yang hadir menunaikan ibadah rukun Islam kelima tahun ini.
Lanjut:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/saifuddin-nasution-zahir-penghargaan-komitmen-arab-saudi-pastikan-kelancaran-haji
#AWANInews

May 29, 06:32
Файлы недоступны
1
Открыть в Telegram

Angkatan tentera Iran melepaskan tembakan amaran ke arah empat kapal berhampiran Selat Hormuz selepas kapal-kapal berkenaan cuba melalui laluan air strategik itu tanpa penyelarasan, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik Agensi Berita Mehr pada lewat Khamis.
Agensi berita Iran itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang butiran mengenai kapal-kapal terbabit.
Agensi Berita Fars Iran sebelum ini melaporkan bahawa pihak tentera melancarkan peluru berpandu dari selatan negara itu ke arah “sasaran tertentu”, namun sasaran sebenar tidak dikenal pasti.
Lanjut:
https://www.astroawani.com/berita-dunia/tentera-iran-lepaskan-tembakan-amaran-ke-arah-4-kapal-berhampiran-selat-hormuz-laporan
#AWANInews

May 29, 05:32
Файлы недоступны
1
Открыть в Telegram

Malaysia mengekalkan kedudukan sebagai negara dengan ekonomi Islam paling kukuh di dunia bagi 2025, sekali gus mencerminkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap kestabilan dan hala tuju pentadbiran Kerajaan MADANI.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata pencapaian berdasarkan State of the Global Islamic Economy (SGIE) Report 2024/2025 itu merupakan hasil kestabilan politik, dasar ekonomi yang jelas serta komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh keyakinan rakyat dan pelabur terhadap hala tuju negara.
Lanjut:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-kekal-ekonomi-islam-terbaik-dunia-hasil-kestabilan-negara-nga
#AWANInews

May 29, 05:03
Файлы недоступны
1
Открыть в Telegram

Seorang lelaki warga Israel ditahan di Cyprus Utara pada 19 Mei lalu selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pemerdagangan embrio secara haram, menurut pihak berkuasa tempatan.
Suspek ditahan di Lapangan Terbang Ercan ketika cuba meninggalkan negara itu menuju Mexico melalui Istanbul, sebelum pihak berkuasa menemui sebuah bekas khas bertanda 'Life Parcel' yang mengandungi empat embrio disimpan dalam tabung uji.
Lanjut:
https://www.astroawani.com/berita-dunia/warga-israel-ditahan-kes-sindiket-pemerdagangan-embrio-di-cyprus
#AWANInews

May 29, 04:03
Файлы недоступны
1
Открыть в Telegram

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Jalan Bukit Payong pada Khamis.
Nahas berlaku kira-kira jam 12 tengah hari itu menyebabkan mangsa, Muhammad Azmil Hakimi Abdullah, yang beralamat di Kampung Bukit Payong, Jerteh meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md Sani Md Saleh berkata, siasatan awal mendapati pemandu pacuan empat roda itu memandu di bawah pengaruh bahan terlarang selepas ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis ketamin.
Lanjut:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/remaja-16-tahun-maut-dirempuh-pemandu-pacuan-empat-roda-positif-dadah
#AWANInews

May 29, 03:32
Файлы недоступны
1
Открыть в Telegram

Tertuduh, yang dikenali sebagai Beran A selaras dengan undang-undang privasi Austria, disabitkan dengan beberapa kesalahan berkaitan keganasan, termasuk konspirasi menyerang konsert dalam jelajah 'Eras Tour' yang dijadual berlangsung pada Ogos 2024.
Menurut pihak pendakwa, rancangan serangan itu berjaya digagalkan susulan maklumat risikan daripada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, hanya sehari sebelum konsert pertama berlangsung di Stadium Ernst Happel.
Lanjut:
https://www.astroawani.com/hiburan-dunia/lelaki-dipenjara-15-tahun-rancang-serangan-konsert-taylor-swift-di-vienna
#AWANInews

May 29, 03:02
Файлы недоступны
1
Открыть в Telegram

Musim haji 1447H hampir melabuhkan tirainya. Sudah pasti ada di kalangan kita ternanti-nantikan jemputan sebagai Duyufurrahman untuk musim haji yang akan datang. Ikuti perkongsian ilmu dan kupasan terakhir bersama Mualim Muda Ashraf, Mualim Muda Shamsul serta laporan langsung daripada Essan Yahya dan Hilal Azmi dalam program Khabar Haji musim ini. Tonton episod terakhir Khabar Haji 2026 di saluran serentak Astro OASIS dan Astro AWANI pukul 7.30 malam ini.
#LaporanHaji2026
#KhabarHaji2026

May 29, 02:32
Файлы недоступны
1
Открыть в Telegram

Walaupun bergerak di sebalik kesibukan lautan manusia, pasukan yang dianggotai 30 petugas itu dianggap sebagai tulang belakang operasi perubatan di Mina kerana sentiasa bersiap siaga membantu jemaah memerlukan rawatan kecemasan.
Timbalan Ketua Peronda Perubatan Haji, Dr Amir Suhaimi berkata, kesemua anggota dibahagikan kepada lapan kumpulan dan bergerak secara berkala setiap satu jam bagi memantau keadaan jemaah di sekitar Mina termasuk laluan melontar jamrah.
Menurutnya, setiap anggota telah menjalani latihan termasuk kemahiran bantuan asas kecemasan bagi membolehkan rawatan awal diberikan terus di lokasi kejadian.
Lanjut:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/peronda-perubatan-haji-sedia-bantuan-kecemasan-operasi-mina
#AWANInews