Terkini dan Sensasi Palestin
Bukan sekadar belajar tentang Palestin — anda juga bakal menjadi penggerak advokasi Palestin!
Cinta Gaza Malaysia (CGM) membuka peluang kepada semua yang ingin memahami isu Palestin secara lebih mendalam melalui program:
Training of Trainers (TOT) Siri-II (2026)
Program ini bakal melahirkan generasi belia yang:
✅
Faham sejarah & realiti Palestin
✅
Membawa naratif yang jelas tentang isu Palestin
✅
Bersedia menjadi penggerak advokasi masyarakat
✅
Berani menyampaikan isu Palestin kepada komuniti
📌
Terbuka kepada:
Golongan belia berusia 18–35 tahun
Kami juga mengalu-alukan pelajar sekolah menengah seawal 15 tahun untuk turut serta menyertai program ini!
💰
Yuran early birds:
RM50 jerr tauuuu!
Harga asal - RM90 (orang awam), RM70 (pelajar IPT dan sekolah)
📅
Tarikh tutup early birds:
30 Mei 2026
📲
Imbas kod QR atau klik pautan
https://bit.ly/earlybirdTOT2026
Fahami Palestin. Sebarkan Kebenaran.
#TOTCGM2026
#penggerakadvokasiCGM
#heroes4hope
🤔
Netanyahu Arah Tentera Zionis Kuasai 70% Semenanjung Gaza
Perdana Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu telah mengarahkan tenteranya memperluas kawalan mereka ke atas semenanjung Gaza sehingga 70 peratus, menurut kenyataan yang disiarkan oleh media Zionis.
“Pada ketika ini, kami mengawal sepenuhnya 60% wilayah semenanjung Gaza dan arahan saya adalah untuk mencapai 70%,” kata Netanyahu dalam rakaman yang disiarkan oleh Saluran 12 pada Khamis.
Apabila seorang audiens menjerit bahawa rejim Israel perlu mengambil alih seluruh wilayah terkepung itu, perdana menteri tersebut berkata, “Kita bergerak secara berperingkat. “Mula-mula 70%,” katanya tanpa menafikan kemungkinan pengambilalihan penuh boleh berlaku. “Kita mulakan dengan itu.”
Pada pertengahan Mac, tentera Zionis secara senyap-senyap telah menghantar peta kepada organisasi bantuan yang menunjukkan bahawa mereka sudah memperluas kawalan sekitar 11% melepasi garisan kuning, iaitu garis yang menandakan kawasan di wilayah yang dijajah tentera Zionis. Garis tersebut dipersetujui dalam gencatan senjata yang diusahakan oleh Amerika Syarikat (AS) pada Oktober 2025. Ini bermakna rejim Israel mengawal 64% wilayah Palestin itu, bukannya 53%.
Akibat penjajahan tentera Israel, rakyat Palestin tidak dapat mengakses kira-kira dua pertiga Gaza. Perampasan wilayah tambahan akan memaksa dua juta penduduknya yang sudah pun hidup dalam keadaan bencana, berhimpit di kawasan yang lebih kecil selepas melalui perang genosid selama dua tahun.
Minggu lalu, wakil tertinggi yang menyelia Lembaga Keamanan (BOP) yang ditubuhkan oleh AS, Nickolay Mladenov memberi amaran bahawa status quo yang semakin merosot di wilayah itu berisiko menjadi kekal. Ketika berucap di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), beliau menggesa badan antarabangsa itu menggunakan segala cara yang ada untuk menekan HAMAS supaya melucutkan senjata serta mendesak rejim Israel mematuhi komitmennya di bawah gencatan senjata Oktober, sambil merujuk kepada pembunuhan berterusan dan sekatan Israel terhadap aliran bantuan kemanusiaan.
Sumber: Al Jazeera
Terj: Cinta Gaza Malaysia
t.me/cintagaza
Bukan sekadar belajar tentang Palestin — anda juga bakal menjadi penggerak advokasi Palestin!
Cinta Gaza Malaysia (CGM) membuka peluang kepada semua yang ingin memahami isu Palestin secara lebih mendalam melalui program:
Training of Trainers (TOT) Siri-II (2026)
Program ini bakal melahirkan generasi belia yang:
✅
Faham sejarah & realiti Palestin
✅
Membawa naratif yang jelas tentang isu Palestin
✅
Bersedia menjadi penggerak advokasi masyarakat
✅
Berani menyampaikan isu Palestin kepada komuniti
📌
Terbuka kepada:
Golongan belia berusia 18–35 tahun
Kami juga mengalu-alukan pelajar sekolah menengah seawal 15 tahun untuk turut serta menyertai program ini!
💰
Yuran early birds:
RM50 jerr tauuuu!
Harga asal - RM90 (orang awam), RM70 (pelajar IPT dan sekolah)
📅
Tarikh tutup early birds:
30 Mei 2026
📲
Imbas kod QR atau klik pautan
https://bit.ly/earlybirdTOT2026
Fahami Palestin. Sebarkan Kebenaran.
#TOTCGM2026
#penggerakadvokasiCGM
#heroes4hope
🤔
AS & Iran Capai Persetujuan Gencatan Senjata Sementara, Masih Menunggu Kelulusan Trump
Perunding Amerika Syarikat (AS) dan Iran telah mencapai persetujuan sementara berhubung lanjutan gencatan senjata selama 60 hari serta rangka kerja rundingan nuklear, menurut sumber AS pada Khamis.
Sumber tersebut berkata bahawa Presiden AS, Donald Trump masih belum memberikan kelulusan akhir terhadap Memorandum Persefahaman (MoU) itu, walaupun perunding kedua-dua pihak sebahagian besarnya telah memuktamadkan terma-terma tersebut.
Portal Axios melaporkan bahawa rundingan lanjut masih diperlukan bagi perjanjian yang lebih menyeluruh bagi menangani tuntutan Washington terhadap program nuklear Iran.
Pegawai AS turut berkata perunding Iran kemudian memaklumkan kepada para pengantara bahawa mereka telah memperoleh kelulusan yang diperlukan dan bersedia untuk menandatangani perjanjian tersebut, walaupun Tehran belum mengesahkan dakwaan itu secara terbuka.
Laporan itu menyatakan bahawa perunding AS telah memberi taklimat kepada Trump mengenai cadangan tersebut, namun Trump meminta masa tambahan sebelum membuat keputusan.
“Trump memaklumkan kepada para pengantara bahawa dia mahu beberapa hari untuk memikirkannya,” kata Axios memetik kenyataan seorang pegawai AS.
Di bawah memorandum yang dicadangkan itu, perkapalan komersial melalui Selat Hormuz akan kekal tanpa sekatan, menurut Axios. Iran juga dikehendaki mengalihkan semua periuk api dari laluan strategik itu dalam tempoh 30 hari serta mengelak daripada mengenakan tol atau mengganggu kapal-kapal.
Laporan itu menambah bahawa sekatan laut AS akan ditarik balik secara berperingkat sejajar dengan pemulihan aktiviti perkapalan komersial.
MoU itu turut merangkumi komitmen Iran untuk tidak membangunkan senjata nuklear, selain memberi keutamaan kepada rundingan berhubung stok uranium diperkaya tinggi milik Tehran serta aktiviti pengayaan uranium sepanjang tempoh 60 hari berkenaan, menurut Axios.
Sebagai balasan, AS akan bersetuju untuk membincangkan pelepasan sekatan dan pembebasan dana Iran yang dibekukan sebagai sebahagian daripada rundingan itu. Memorandum tersebut juga akan merangkumi mekanisme yang bertujuan memudahkan penghantaran barangan dan bantuan kemanusiaan ke Iran.
Sumber: Anadolu Ajansi
Terj: Cinta Gaza Malaysia
t.me/cintagaza
Pemprosesan daging tin untuk saudara kita di Gaza sudah pun bermula!
Terima kasih buat para penyumbang CGM yang telah mengambil bahagian dalam kempen
#Korban4Ummah
dengan menginfakkan harta kalian untuk menghadiahkan daging tin kepada saudara kita di Gaza, bersempena dengan Aidiladha ini. Semoga Allah menerima amal ibadah kalian
🤲🏻
#Korban4Ummah
#CintaGazaMalaysia
#Heroes4Hope
Satu detik yang mencatat sejarah hitam dalam kemanusiaan.
Ketika dunia sepatutnya mempertahankan hak asasi dan keadilan, satu undang-undang diluluskan yang membuka jalan kepada hukuman mati terhadap tahanan Palestin — mereka yang sudah pun terkurung dan dinafikan kebebasan. Satu bentuk kezaliman yang tiada kata dapat menjelaskan situasi tersebut.
Ini bukan sekadar isu perundangan. Ini adalah persoalan nilai kemanusiaan sejagat. Adakah dunia akan terus berdiam diri?
🌐
Follow, Like and Share
• Info terkini dan sensasi hanya di Telegram Terkini dan Sensasi Palestin.
• Setiap tindakan anda mungkin menjadi asbab kepada kemerdekaan Palestin.
#Heroes4Hope
#cintagazamalaysia
Bukan sekadar belajar tentang Palestin — anda juga bakal menjadi penggerak advokasi Palestin!
Cinta Gaza Malaysia (CGM) membuka peluang kepada semua yang ingin memahami isu Palestin secara lebih mendalam melalui program:
Training of Trainers (TOT) Siri-II (2026)
Program ini bakal melahirkan generasi belia yang:
✅
Faham sejarah & realiti Palestin
✅
Membawa naratif yang jelas tentang isu Palestin
✅
Bersedia menjadi penggerak advokasi masyarakat
✅
Berani menyampaikan isu Palestin kepada komuniti
📌
Terbuka kepada:
Golongan belia berusia 18–35 tahun
Kami juga mengalu-alukan pelajar sekolah menengah seawal 15 tahun untuk turut serta menyertai program ini!
💰
Yuran early birds:
RM50 jerr tauuuu!
Harga asal - RM90 (orang awam), RM70 (pelajar IPT dan sekolah)
📅
Tarikh tutup early birds:
30 Mei 2026
📲
Imbas kod QR atau klik pautan
https://bit.ly/earlybirdTOT2026
Fahami Palestin. Sebarkan Kebenaran.
#TOTCGM2026
#penggerakadvokasiCGM
#heroes4hope
Alhamdulillah, pada 28 Mei 2026, tim Cinta Gaza Malaysia (CGM) telah selesai melaksanakan ibadah korban di Ayoy Farm, Kg Sungai Kembung Hilir, Kajang.
Sebanyak 2 ekor lembu korban telah disempurnakan bagi 14 penama yang mendaftar korban bersama CGM.
Proses penyembelihan, melapah, memotong, membungkus dan pengagihan daging korban berjalan lancar dengan bantuan para sukarelawan.
Lebih kurang 150 keluarga asnaf di sekitar kampung serta Pangsapuri Nuri telah menerima manfaat daripada agihan korban ini.
Terima kasih kepada semua peserta korban dan penyumbang yang terus bersama CGM dalam menyebarkan manfaat dan harapan kepada masyarakat.