
Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
𝗨𝗖𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔
Wakil Komuniti palestin di Malaysia iaitu Palestinian Forum Malaysia PFM mengucapkan Terima kasih kepada penyumbang yang menyumbang sedekah daging untuk membantu mereka yang memerlukan.
Sumber: Kelab Perwira Malaysia
🥩
𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡
bit.ly/korbanperwira2026
𝗦𝗘𝗗𝗘𝗞𝗔𝗛 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡
Ayuh mengejar ganjaran Sedekah Jumaat hari ini dengan menyumbang untuk Tabung Korban Palestin. Kempen ini bertujuan membantu ribuan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang masih dikepung oleh tentera penjajah Israel meraikan Aidiladha.
Anjuran: Kelab Perwira Malaysia
🥩
𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡
bit.ly/korbanperwira2026
🚨
𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗚𝗔𝗭𝗔
bit.ly/kecemasangaza2026
“Takbir Keteguhan”
🇵🇸
🎙
Koir Tentera – Briged Al-Qassam
Sumber: Briged al-Qassam
t.me/duniapalestin
Jurucakap Hamas, Hazem Qasem:
Sama ada segelintir kecil itu reda atau tidak, Gaza dalam perjalanan perjuangannya telah menjadi salah satu bukti sejarah paling menonjol tentang kemampuan bangsa-bangsa merdeka untuk bangkit dan teguh menghadapi bentuk penjajahan yang paling ganas dan kejam.
Apa yang dipersembahkan oleh rakyat Gaza daripada pengorbanan, semangat juang dan keberanian yang tiada tandingan akan terus menjadi titik kebanggaan, bukan hanya buat rakyat Palestin, tetapi juga bagi setiap insan yang percaya kepada nilai kebebasan dan maruah.
Dan sesiapa yang tidak melihat hakikat itu, mungkin kerana mereka sudah terbiasa dengan gambaran kelemahan dan kekalahan, atau kerana mereka menilai sejarah berdasarkan ukuran saat ini, bukan berdasarkan keteguhan dan ketabahan.
Adapun mereka yang mahu Gaza dihancurkan, mereka tidak akan mampu mengubah hakikat bahawa penduduknya telah menulis satu lembaran yang akan terus terpahat dalam ingatan nasional dan kemanusiaan.
Pengorbanan kami di Gaza sangat besar dan berat, namun kami menyerahkannya kepada Allah, memohon agar ia dijadikan sebab kepada kemuliaan dan kemenangan, serta agar Allah menggantikan buat penduduk Gaza kebaikan di dunia dan akhirat.
Adapun mereka yang sekadar memerhati, sejarah tidak pernah melupakan kedudukan manusia, dan setiap pendirian akan tetap meninggalkan kesan dan kesaksiannya sendiri.
Sumber: Hazem Qasem
t.me/duniapalestin
Surat yang telah ditulis oleh al-Syahid Izzuddin al-Haddad “Abu Suhaib”, Panglima Briged al-Qassam sebelum kesyahidannya:
Hatiku terasa amat berat dan dipenuhi kesedihan yang mendalam apabila menyaksikan keengganan dunia Islam dan masyarakat antarabangsa untuk berdiri bersama rakyat Gaza melalui tindakan yang nyata, bukan sekadar kata-kata, setelah dua tahun perang genosid, kebuluran dan pembunuhan beramai-ramai yang menghancurkan Gaza hingga ke tulang.
Apa yang berlaku ternyata jauh lebih kecil daripada besarnya operasi bersejarah 7 Oktober, malah gagal menyamai tahap pembunuhan beramai-ramai yang telah memusnahkan segala-galanya, baik bumi mahupun manusia di Gaza. Namun, di sebalik pengabaian yang amat dahsyat ini, kami tidak mengenal jalan putus asa. Kami akan terus berjuang, mengetuk setiap pintu, dengan harapan Allah akan membuka hati para hamba-Nya dan para Mujahidin.
Kami yakin sepenuhnya bahawa Taufan al-Aqsa pasti akan mengubah wajah Asia Barat. Kesan-kesannya, yang telah mula terserlah, akan merebak ke seluruh dunia sehingga setiap pihak yang bersubahat dan berdiam diri daripada membantu golongan tertindas akan membayar harga pengkhianatan mereka.
Lautan darah yang telah membasahi bumi Gaza yang diberkati ini tidak akan dilupakan oleh Allah. Nyawa-nyawa yang diragut oleh kezaliman dan pencerobohan ini tidak akan pergi sia-sia. Kemusnahan rumah-rumah, pencemaran tempat-tempat suci, serta kehancuran bumi dan rakyat kami tidak akan berlalu tanpa pembalasan, kerana Allah tidak menyukai golongan yang melakukan kerosakan.
Tanggungjawab besar untuk menuntut keadilan bagi mereka yang tidak bersalah dan tertindas adalah amanah di bahu kita semua, satu beban yang akan kami pikul dengan penuh kehormatan sehingga Allah mengurniakan kemenangan kepada kami atau kami menemui-Nya sebagai syuhada.
— Februari 2026 / Ramadan 1447H
Sumber: Briged al-Qassam
t.me/duniapalestin
Pemimpin kanan Hamas, Osama Hamdan berkata pencerobohan Israel di Gaza melangkaui penjajahan dan bertujuan menghapuskan sebarang masa depan rakyat Palestin di wilayah itu.
Dalam wawancara bersama Drop Site News, Hamdan berkata pencerobohan tersebut menghantar mesej yang disifatkannya sebagai sengaja ditujukan kepada rakyat Palestin.
“Matlamatnya adalah untuk menamatkan kewujudan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, bukan sekadar penjajahan,” katanya.
“Mereka cuba menghantar mesej kepada rakyat Palestin bahawa tiada penyelesaian di bumi Palestin, dan satu-satunya penyelesaian adalah mereka perlu meninggalkannya.”
Baca selanjutnya:
https://duniapalestin.net/palestin/5553/
𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻
🇵🇸
t.me/duniapalestin
Jurucakap Hamas, Hazem Qasem:
Kader-kader dan golongan intelektual kita yang berada di luar Palestin… kami berharap kalian tidak membazir tenaga dan kemampuan dengan menghadiri persidangan yang sekadar bersifat akademik atau perbincangan politik yang dingin mengenai isu-isu lama yang tidak lagi berkait dengan keadaan semasa.
Gaza dan keadaan tragis yang sedang dialaminya mesti terus menjadi fokus utama perhatian serta gerakan kalian.
Gaza yang dengan segala pengorbanannya telah menjadi penggerak utama kepada keseluruhan perjuangan Palestin dan gerakan nasionalnya.
Pada 6 Jun 2025, sebanyak tiga ekor kambing telah disembelih dan diagihkan dalam bentuk daging mentah kepada 100 buah keluarga di kawasan al-Karamah, Perkhemahan Joud, Utara Gaza menerusi Projek Bantuan Sedekah Daging Palestin sempena inisiatif Bakti Korban Perwira 2025 pada Aidiladha tahun lalu.
Bantuan ini bertujuan meringankan beban penduduk yang bergelut dengan kekurangan makanan di tengah sekatan dan konflik berterusan.
Anda boleh menyumbang Lot Sedekah Daging untuk Gaza tahun ini bagi menjayakan projek agihan sedekah daging kepada penduduk Gaza.
Sumber: Kelab Perwira Malaysia
🥩
𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡
bit.ly/korbanperwira2026
𝗦𝗘𝗗𝗘𝗞𝗔𝗛 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡
Ayuh mengejar ganjaran Sedekah Jumaat hari ini dengan menyumbang untuk Tabung Korban Palestin. Kempen ini bertujuan membantu ribuan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang masih dikepung oleh tentera penjajah Israel menjelang Aidiladha.
Anjuran: Kelab Perwira Malaysia
🥩
𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡
bit.ly/korbanperwira2026
🚨
𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗚𝗔𝗭𝗔
bit.ly/kecemasangaza2026
Maka pergilah menemui Tuhanmu dengan megah wibawa, biarpun ajal menanti... Kerana pemergian sebegini, hanya layak bagi jiwa-jiwa yang agung. Wahai kemuliaan agama ini, wahai nadi pengorbanan...
Sesungguhnya engkau telah melangkah di jalan kemuliaan menuju tempat yang tertinggi. Sebuah jalan yang demi fajar kemenanganmu, wahai Al-Quds kami... Telah mengalir darah para ayah dan anak-anak tercinta.
Sumber: Hamas
#beritaterkini
_
_
Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang.
t.me/bumimikraj