
JAKIM
Selamat Menyambut Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pengamal media atas komitmen, kerjasama serta sokongan berterusan dalam membuat liputan pelbagai program, inisiatif dan penyampaian perkhidmatan JAKIM kepada masyarakat.
Sesungguhnya peranan rakan wartawan dan pengamal media amat signifikan dalam menyampaikan maklumat yang tepat, memperluaskan kefahaman masyarakat terhadap agenda pembangunan ummah serta memperkukuh penyebaran mesej Islam yang membawa rahmah dan kesejahteraan.
Terima kasih atas dedikasi dan iltizam semua pengamal media dalam bersama-sama memperkasa penyampaian perkhidmatan JAKIM demi manfaat ummah dan negara.
“Media Berintegriti, Teras Kredibiliti.”
#HAWANA2026
#JAKIMuntukUmmah
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H
Aidiladha mendidik kita tentang makna sebenar pengorbanan, keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hajj ayat 37 yang bermaksud:
“Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.”
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan menjadi wasilah mendekatkan diri kepada-Nya, menyuburkan nilai ihsan dan mengeratkan ukhuwah sesama insan.
Ikhlas daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM.
Pembahagian Daging Korban
Pembahagian daging korban terbahagi kepada dua jenis, iaitu sembelihan korban wajib (nazar) dan sembelihan sunat
PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN WAJIB ATAU NAZAR
WAJIB semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin, dan haram bagi pihak orang yang berkorban memakan daging korbannya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya.
PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN SUNAT
1/3 pihak berkorban dan ahli keluarganya
1/3 fakir dan miskin
1/3 sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran
Tolong kongsikan info ini. Semoga ibadah korban yang kita laksanakan diterima dan diberkati Allah SWT.
Sumber: Garis Panduan Ibadah Korban JAKIM
Hari Arafah adalah antara hari yang paling istimewa dalam Islam, hari penuh rahmat, keampunan dan doa-doa yang mustajab.
Hari Arafah / puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Selasa, 26 Mei 2026 bersamaan 9 Zulhijah 1447 Hijrah.
Rebutlah peluang yang datang hanya sekali setahun ini dengan memperbanyakkan doa, zikir dan memohon keampunan daripada Allah SWT.
Semoga Allah SWT menerima amal ibadah kita, mengampuni dosa-dosa kita dan mengurniakan keberkatan dunia serta akhirat. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin
#hariarafah1447h
#JAKIMuntukUmmah
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
Waktu Bertakbir Hari Raya Eidul Adha
Jenis-Jenis Takbir Raya
Takbir Mursal : Sunat bertakbir sepanjang masa bermula tenggelam matahari malam Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sehingga takbiratul ihram solat Hari Raya.
Takbir Muqayyad : Khusus disunatkan ketika Hari Raya Aidiladha. Dilaksanakan setiap kali selepas menunaikan solat fardu.
Orang yang TIDAK menunaikan haji disunatkan takbir muqayyad setiap kali selesai menunaikan solat fardu bermula waktu Subuh 9 Zulhijjah sehingga waktu Asar 13 Zulhijjah.
Orang yang menunaikan haji Disunatkan takbir muqayyad selepas solat Zohor pada Hari Raya Aidiladha sehingga waktu Subuh 13 Zulhijjah. Sekiranya sudah selesai bertahallul yang kedua, mereka boleh bertakbir sehingga waktu Asar, seperti orang lain.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Hari Arafah merupakan antara hari yang paling istimewa dalam bulan Zulhijah dan termasuk dalam hari-hari terbaik yang dianjurkan untuk memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah SWT.
Marilah kita bersama-sama mengambil peluang pada Hari Arafah dengan melaksanakan puasa sunat, memperbanyakkan doa, zikir, istighfar serta amal kebajikan.
Puasa sunat hari Arafah di Malaysia iaitu pada 26 Mei 2026 (Selasa) bersamaan 9 Zulhijah 1447.
Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita, mengurniakan keampunan, rahmat serta keberkatan dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
#puasasunatarafah
#JAKIMuntukUmmah
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
Ibadah korban bukan sekadar menyembelih, tetapi lambang ketaatan dan pengorbanan seorang hamba kepada Allah SWT.
Di sebalik setiap ibadah korban, tersimpan hikmah yang mendidik hati agar lebih ikhlas, menyuburkan ihsan, menjauhkan sifat tamak serta mengeratkan kasih sesama insan.
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan menjadi wasilah mendekatkan diri kepada Allah SWT dan meraih ganjaran yang besar di sisi-Nya.
#JAKIMuntukUmmah
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
#Madanibekerja
#rayahaji2026
🕋
PERJALANAN HAJI IFRAD
🕋
Haji Ifrad merupakan pelaksanaan ibadah haji dengan mendahulukan ibadah haji sebelum umrah. Setiap rukun dan wajib haji yang dilaksanakan mengandungi hikmah, pengorbanan serta pengabdian yang tinggi kepada Allah SWT.
Semoga setiap langkah para dhuyufurrahman diterima sebagai amal soleh dan dikurniakan haji yang mabrur serta kehidupan yang diberkati oleh Allah SWT.
#JAKIMuntukUmmah
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
#Madanibekerja
#haji2026
Sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah merupakan hari-hari yang sangat istimewa dan penuh kelebihan di sisi Allah SWT.
Marilah kita memperbanyakkan amalan ibadah dan mendekatkan diri kepada-Nya dengan menghidupkan solat-solat sunat.
Semoga amalan yang dilaksanakan sepanjang 10 hari terawal Zulhijjah ini menjadi asbab peningkatan iman dan takwa serta meraih ganjaran dan keredaan Allah SWT.
#JAKIMuntukUmmah
#haji2026
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
#Madanibekerja
Tiga Cara Mengerjakan Haji
1. Haji Ifrad
- Mengerjakan haji dalam bulan-bulan haji, kemudian mengerjakan umrah setelah selesai amalan haji. Haji Ifrad tidak dikenakan bayaran DAM.
2. Haji Tamattu’
- Mengerjakan umrah dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian mengerjakan haji pada tahun yang sama. Haji Tamattu’ dikenakan bayaran DAM.
3. Haji Qiran
Cara 1
- Berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam bulan haji kemudian melaksanakan semua rukun dan wajib haji
- Umrah pula dikira selesai sebaik saja selesai menunaikan haji.
Cara 2
- Berniat mengerjakan umrah sahaja, tetapi sebelum tawaf berniat mengerjakan haji kemudian melaksanakan semua wajib dan rukun haji.
Haji Qiran dikenakan bayaran DAM.
#JAKIMuntukUmmah
#haji2026
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu