
Nota Redza Zainol
😥
Semasa raya barulah mak ayah mula perasan…
“Kenapa anak aku tak macam budak lain?”
Ini antara yang selalu mak ayah perasan:
🍓
Sepupu dah petah bercakap, tapi anak masih sebut sepatah dua atau tak panggil ibu/ayah.
🍓
Nak sesuatu tapi anak tak sebut. Hanya tarik tangan kita.
🍓
Tak ada respon bila nama sendiri dipanggil.
🍓
Budak lain dah pandai makan sendiri, susun blok, tapi anak kita masih “struggle”.
🍓
Anak lain bermain bersama tapi anak kita hanya main seorang diri dan kurang “eye contact”.
Raya bukan tempat untuk membanding-bandingkan, tapi peluang untuk “detect” awal.
#NotaRedzaZainol
#didikanak
🥰
Ajarkan 4 adab ini kepada anak sebelum pergi beraya.
🍓
Tak boleh masuk bilik tuan rumah sesuka hati.
🍓
Tak boleh merosakkan harta benda tuan rumah.
🍓
Tak boleh mengambil barang orang lain tanpa izin.
🍓
Tak membuka sampul raya di depan tuan rumah.
#NotaRedzaZainol
#didikanak
😊
3 perkara yang kita tak perlu buat kepada bayi semasa musim Raya.
🍓
Jangan suap makanan pada bayi tanpa izin mak ayahnya.
🍓
Jangan gomol atau cium bayi. Imuniti bayi ni masih lemah dan mudah dapat jangkitan daripada orang lain.
🍓
Jangan membanding-bandingkan atau beri komen negatif tentang rupa paras bayi.
Jaga adab, pasti semua orang beraya dengan gembira.
#NotaRedzaZainol
#didikanak
🥰
Teringin nak anak membesar dengan “Growth Mindset”?
“Don’t let anyone tell you that you can’t. Not even me.”
• Bila anak melukis, jangan cepat kata buruk.
• Bila anak nak cuba perkara yang baru, jangan cepat kata susah.
• Bila anak gagal, jangan cepat kata “Kan dah cakap”.
🍓
Bila anak selalu dengar ayat negatif, perlahan-lahan otak mereka belajar 1 perkara:
“Aku tak boleh.”
🍓
Sebab itu antara mindset penting yang mak ayah perlu tanam sejak kecil ialah
anak mesti berani mencuba.
🍓
Kalau gagal, latih anak untuk fikir begini:
“Aku belum pandai lagi.”
“Aku boleh belajar.”
“Aku boleh cuba lagi.”
🍓
Inilah
growth mindset
.
🍓
Anak mungkin jatuh banyak kali tapi dia tak akan berhenti.
🍓
Kerana dalam kepalanya sentiasa ada satu suara kecil yang berkata:
“Aku mungkin belum boleh sekarang… tapi aku boleh belajar.”
#NotaRedzaZainol
#didikanak
🥰
Nak anak belajar skil penting sebelum usia 18 tahun?
1️⃣
Kemahiran bercakap.
• Belajar bercakap dengan tersusun, lancar dan yakin.
• Ini skil penting dalam apa juga kerjaya.
2️⃣
Berlatih untuk menjadi berani.
• berani bergaul terutama dengan orang yang lebih berjaya.
• berani bertanya.
• berani buat keputusan.
3️⃣
Berlatih kecerdasan emosi
• bersabar dan tak cepat marah.
• mudah memuji dan berfikir dulu sebelum mengkritik.
Banyak lagi kemahiran yang penting, tapi ini saja yang saya kongsikan dulu.
#NotaRedzaZainol
#didikanak
🥵
Risau anak menjadi kasar?
👉🏻
Elak buat 3 perkara ini:
🍓
Jangan terlampau marah, terlampau menjerit ketika marah anak.
🍓
Kerap mengugut anak dan menakut-nakutkan anak.
🍓
Terlalu berkeras dengan anak. Jika anak meminta sesuatu dengan baik, sekali sekala kita boleh benarkan selagi tak membawa mudarat.
Anak yang dah mula menjadi kasar, susah untuk diundur semula.
#NotaRedzaZainol
#didikanak
🥵
Anak yang selalu ‘Freeze’ membesar dengan:
🍓
kurang keyakinan diri
🍓
sukar meluah perasaan
🍓
mudah rasa tertekan
🍓
rasa tak selamat dalam hubungan
Ya, anak wajib ditegur jika ada perbuatannya yang salah.
Pada masa yang sama, beri
ruang selamat supaya anak rasa didengari dan boleh bersuara.
Emosi yang dilayan akan sembuh.
Emosi yang dipendam bakal meletup, sama ada cepat atau lambat.
#NotaRedzaZainol
#didikanak
🥵
Antara Fight, Flight dan Freeze, yang mana paling bahaya?
👉🏻
Ketika kita marah anak, boleh lihat ada 3 jenis reaksi ini.
🍓
Fight
- dia melawan, membentak, mengamuk, protes.
🍓
Flight
- dia merajuk, lari, menyorok, menangis.
🍓
Freeze
- dia kaku, ketakutan, emosi dipendam, takut bersuara.
‘Freeze’ adalah jenis paling berisiko kerana emosi tidak keluar, hanya terkumpul di dalam.
Saya sambung lagi minggu depan ya
.
#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
👶🏻
Bayi bawah usia 2 tahun meragam sebab selsema dan hidung tersumbat?
❌
Jangan sedut hingus dari hidung bayi menggunakan mulut secara terus.
- Ibu ayah berisiko dijangkiti dan jatuh sakit.
👉🏻
Ibu ayah boleh cuba 2 cara ini:
1. Guna nasal spray seperti Sterimar. Contohnya:
https://vt.tiktok.com/ZSHoG6pSSQULF-E5Klq/
2. Pakai baby “nasal aspirator” untuk sedut hingus selepas guna Sterimar. Contohnya:
https://vt.tiktok.com/ZSHoGjqqTBCbr-6mnZv/
Ulang guna Sterimar bersama Nasal Aspirator sebanyak 2-3 kali sehari.
#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
🥰
Nak emosi anak lebih tenang dan stabil?
👉🏻
Cuba minggu ni bawa anak keluar ke :
🍓
Taman permainan
🍓
Taman rekreasi
🍓
Kebun atau sawah
🍓
Halaman rumah
🍓
Pantai
Atau ke mana sahaja asalkan anak boleh bermain bebas di luar rumah.
✅
Anak lepaskan emosi negatif.
✅
Hormon gembira meningkat.
Boleh? Kalau boleh, tekan emoji
❤️
#NotaRedzaZainol
#DidikAnak