Выберите регион
и язык интерфейса
Покажем актуальные для региона
Telegram-каналы и возможности
Регион
avatar

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

sihatmilikbersama
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
Подписчики
42 200
24 часа
8
30 дней
8
Просмотры
1 339
ER
3,17%
Посты (30д)
58
Символов в посте
612
Инсайты от анализа ИИ по постам канала
Категория канала
Блог о здоровье
Пол аудитории
Мужской
Возраст аудитории
25-34
Финансовый статус аудитории
Средний
Профессии аудитории
Прочие
Краткое описание
May 29, 08:01
Файлы недоступны
1
Открыть в Telegram

1 HARI LAGI!
🚀
🌎
Esok tiba masanya untuk
#OneHourMalaysiaCleanUp
! Jom kita bersatu membersihkan kawasan rumah & hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Setiap tindakan anda boleh menyelamatkan nyawa.
📅
Tarikh: 30 Mei 2026 (Sabtu)
Luangkan 1 jam untuk persekitaran yang lebih sihat!
💪

Ambil gambar & kongsi di media sosial!
📢
Gunakan hashtag:
#OneHourMalaysiaCleanUp
#TiadaAedesTiadaDenggi
#MalaysiaSihat
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

May 29, 06:03
Файлы недоступны
1
Открыть в Telegram

KES DENGGI SEDANG MENINGKAT.
Aedes boleh membiak di tempat yang sering kita terlepas pandang seperti pelapik pasu bunga, tayar terpakai, tong/tangki air, bekas minuman haiwan, longkang tersumbat, palung air hujan, bekas makanan, botol dan tempurung kelapa.
Jangan tunggu kawasan rumah jadi punca pembiakan nyamuk Aedes.
Periksa, buang air bertakung dan musnahkan bekas yang tidak digunakan.
10 minit setiap minggu mampu melindungi keluarga daripada denggi. Bertindak sekarang, hapuskan Aedes sebelum terlambat.
#10MinitCariDanMusnah
#HapuskanAedes
#CegahDenggi
#KesDenggiMeningkat
#Denggi
#KKM
#MyHEALTHKKM
#AgendaNasionalMalaysiaSihat
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

May 29, 02:05
Файлы недоступны
1
Открыть в Telegram

"Eh, HFMD bukan untuk kanak-kanak je ke?
🤔
"
Jangan tersilap langkah! Ramai yang sangka Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) ini hanya menyerang si kecil, tetapi hakikatnya orang dewasa turut berisiko dijangkiti! Walaupun orang dewasa mungkin hanya mengalami gejala ringan atau tiada gejala langsung, kita masih boleh menjadi 'pembawa' dan memindahkan virus ini kepada anak-anak di rumah.
Sekiranya anda mula bergejala
🛑
Jarakkan diri daripada kanak-kanak.
😷
Pakai pelitup muka dan amalkan etika batuk/bersin yang betul.
🧼
Kerap cuci tangan dengan sabun dan air mengalir.
🧴
Disinfeksi permukaan barang yang kerap disentuh
Terus waspada, jaga kebersihan diri dan persekitaran.
Lindungi anak-anak kita!
#MalaysiaSihat
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

May 28, 06:05
Файлы недоступны
1
Открыть в Telegram

2 HARI LAGI!
🕒
🌏
#OneHourMalaysiaCleanUp
semakin hampir! Jom kita bersiap sedia untuk membersihkan persekitaran membersihkan kawasan rumah & hapuskan tempat pembiakan nyamuk serta mengitar semula demi bumi yang lebih sihat.
🌿

📅
Tarikh: 30 Mei 2026 (Sabtu)
Luangkan hanya 1 jam untuk persekitaran yang lebih bersih!
💪

📸
Ambil gambar & kongsi di media sosial!
📢
Gunakan hashtag:
#OneHourMalaysiaCleanUp
#TiadaAedesTiadaDenggi
#MalaysiaSihat
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

May 28, 04:01
Файлы недоступны
1
Открыть в Telegram

Sehari selepas sambutan Hari Raya Aidiladha, kebiasaannya kita akan menyimpan dan memanaskan semula lebihan hidangan daging atau lauk-pauk. Walau bagaimanapun, pastikan makanan tersebut masih selamat untuk dimakan bagi mengelakkan risiko keracunan makanan.
Pastikan anda memeriksa makanan melalui 3 langkah ini sebelum makan:
🔹
Lihat keadaan makanan (Tiada lendir atau perubahan warna)
🔹
Hidu bau (Tiada bau yang tidak enak dan kurang menyenangkan)
🔹
Rasa sedikit (Tiada rasa yang pelik atau basi)
Mencegah adalah lebih baik daripada merawat.
Pastikan lauk raya anda dikendalikan dan disimpan dengan bersih.
#MalaysiaSihat
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

May 27, 08:04
Файлы недоступны
1
Открыть в Telegram

3 HARI LAGI!

🌍
Bersedia untuk
#OneHourMalaysiaCleanUp
!”
Jom luangkan 1 jam untuk membersihkan persekitaran dan kitar semula demi Malaysia yang lebih sihat dan bersih!
🌿
♻️
📅
Tarikh: 30 Mei 2026 (Sabtu)
Mari bersama buat perubahan!
💪

📸
Ambil gambar & kongsi di media sosial!
📢
Gunakan hashtag:
#OneHourMalaysiaCleanUp
#TiadaAedesTiadaDenggi
#MalaysiaSihat
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

May 27, 06:02
Файлы недоступны
1
Открыть в Telegram

Anda Gen Z atau Milenial, ini reminder untuk anda!
📱
🦟
Scroll medsos boleh, tapi jangan lupa check rumah 10 minit seminggu je.
Air bertakung walaupun sedikit boleh jadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Jangan biarkan kawasan rumah anda menjadi punca denggi kepada diri sendiri, keluarga dan jiran sekitar.
Ambil 2 langkah mudah:
1️⃣
Buang air bertakung
2️⃣
Musnahkan tempat pembiakan Aedes
10 minit seminggu je - kecil tindakannya, besar kesannya.
Jom cari dan musnah sebelum denggi menyerang!
#10MinitCariDanMusnah
#HapuskanAedes
#CegahDenggi
#KesDenggiMeningkat
#Denggi
#KKM
#MyHEALTHKKM
#AgendaNasionalMalaysiaSihat
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

May 27, 01:03
Файлы недоступны
1
Открыть в Telegram

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.
Sambil kita sibuk membuat persiapan korban, menziarahi sanak-saudara atau berkumpul bersama keluarga, jangan lupa untuk sentiasa memantau kesihatan anak-anak kecil kita. Musim perayaan dan aktiviti berkumpul begini adakalanya mendedahkan anak-anak kepada risiko jangkitan penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).
Jom kenali gejala-gejala HFMD:
🌡
Demam
🤯
Sakit kepala
🤢
Hilang selera makan
👅
Ulser pada tekak, mulut & lidah
✋🏼
🦶🏼
Ruam dengan lepuh pada tangan & kaki
Jangan bawa anak keluar jika bergejala! Jika si kecil menunjukkan tanda-tanda di atas, kuarantinkan mereka di rumah demi keselamatan anak-anak lain.
🏥
Dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan jika keadaan anak membimbangkan.
Terus waspada, cegah HFMD dan penyakit berjangkit.
#MalaysiaSihat
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

May 26, 09:53
Файлы недоступны
1
Открыть в Telegram

Mari Berhijrah Kepada Budaya Hidup Lebih Sihat!
Aidiladha bukan sekadar sambutan, tetapi pengorbanan yang membawa makna mendalam. Sempena Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M ini, marilah kita bersama-sama menghayati erti korban yang sebenar dengan melakukan penghijrahan besar dalam hidup iaitu beralih kepada budaya hidup yang lebih sihat dan aktif.
Semoga setiap pengorbanan kita dinilai sebagai ibadah dan membawa ketenangan dalam reda-Nya.
🤲🏻
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

May 26, 06:04
Файлы недоступны
1
Открыть в Telegram

🌙
🐄
Nak raya dengan tenang? Jangan lupa periksa kawasan rumah sebelum balik kampung!
Hanya 1 jam diperlukan untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Tindakan kecil hari ini mampu melindungi keluarga dan komuniti daripada denggi.
💧
Tiada air bertakung
🪴
Pasu bunga bersih
🦟
Tiada tempat Aedes membiak
🦟
Tiada Aedes, Tiadalah Denggi.
#OneHourMalaysiaCleanUp
#TiadaAedesTiadaDenggi
#MalaysiaSihat
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama